Sebar propaganda; Bahan bercetak PBTUPM

(yang didalangi GMM) dirampas di PFC UPM.

 

Oleh; Badang Samudera.

Tarikh; 17 Julai 2007 [8.30pm].

 

[DSC06894.JPG]

 

Operasi melebarluaskan pengaruh pertubuhan haram di dalam kampus (yang dikaderkan oleh Parti keADILan Rakyat dan Parti DAP) iaitu Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) di UPM telah digerakkan sejak Minggu Pertama (Semester Pertama 2007-2008) lagi. Dengan mempergunakan Persatuan Bahasa Tionghua (PBTUPM), operasi GMM agak sukar untuk dikesan.

 

Kini, pada Minggu Kedua (17 Julai 2007), GMM sekali lagi memperalatkan ahli Persatuan Bahasa Tionghua (sebuah pertubuhan bahasa yang tidak didaftarkan) untuk mencari ahli baru bagi menyertai Kelas Bahasa Mandarin yang dianjurkan. Tujuan lain kelas ini adalah untuk mencari pelapis baru dalam keahlian GMM memandangkan ramai ahli GMM yang senior akan bergraduat.

 

Tidak seperti semester lalu, GMM (yang bertopengkan PBTUPM) kali ini mereka tidak membuka kaunter untuk pendaftaran peserta Kelas Bahasa Mandarin. Mungkin kaedah ini akan jelas diperhatikan oleh Bahagian Keselamatan, maka kaedah lain dipraktikkan.

 

Pada 17 Julai 2007, jam 6.15 petang, modus operandi  'salesman' telah digunapakai bagi menyampaikan tujuan dan hasrat mereka menganjurkan kelas bahasa. Dari meja ke meja, seorang ahli PBTUPM ini berdiri dan memberi ceramah/penerangan kepada mahasiswa yang duduk makan di Putra Foodcourt (PFC).

 

Anehnya, hanya mahasiswa Cina sahaja yang dijadikan sasaran oleh mereka.

 

 

 

Untuk gambaran jelas, beberapa keping foto yang berjaya dirakam krew PBBUPM dan disiarkan secara eksklusif.

 

 

[DSC06885.JPG]

[DSC06886.JPG]

Kelihatan seorang ahli PBTUPM (berdiri) memberi ceramah kepada mahasiswa Cina yang menjamu selera di PFC UPM.

 

 

 

 

[untitledaed.JPG]

[DSC00501.jpg]  

[DSC00504.jpg]

Kelihatan dari jauh, tugas ahli PBTUPM ini diperhatikan oleh Ti Hooi (no. Matrik 129991), yang merupakan salah seorang ahli GMM.

 

 

 

[DSC06887.JPG]

[DSC06888.JPG]

Pada kertas putih yang dipegang oleh ahli PBTUPM ini, tersenarai no. telefon bimbit mahasiswa yang berjaya dipengaruhinya untuk menyertai kelas bahasa.

 

 

 

 

[DSC06892.JPG]

[DSC06895.JPG]

Pada jam 6.37 petang, pihak Bahagian Keselamatan tiba dan merampas bahan yang digunakan oleh ahli PBTUPM ini. Bahan risalah ini bertujuan untuk memudahkan ahli PBTUPM ini memberi penerangan kepada mahasiswa tentang operasi PBTUPM.

 

 

 

 

 

[untitledTIhooi.JPG]

[DSC06893.JPG]

Ti Hooi (ahli GMM yang bertanda merah) menghampiri rakannya (ahli PBTUPM) yang ditahan pihak Keselamatan UPM sambil membuat panggilan.

 

 

PFC UPM bukan satu-satunya tempat tumpuan GMM menjalankan operasi mereka.

 

Tidak lama kemudian, pada jam 6.45 petang, tumpuan Bahagian Keselamatan beralih ke Kafe Kolej 12 kerana dikatakan operasi GMM turut berlangsung di sana.

 

Kelihatan juga di Kafe Kolej 12 itu, Simon Ooi (Penyelaras GMM) sedang duduk di sebuah meja. Apabila ditanya, dia hanya menjawab datang ke kafe ini untuk minum-minum sahaja.

 

Dijangka, operasi GMM (yang memperalatkan PBTUPM) tidak akan berakhir di sini. Mereka akan berterusan mencari keahlian baru kerana dijangka pilihanraya kampus akan diadakan pada September 2007. Maka perlunya GMM memperkukuhkan aktiviti mereka dengan keahlian yang fresh dari mahasiswa baharu.

 

 

 

Kembali ke Halaman Utama Mahasiswa-UPM

 

 

 

Anda Mahasiswa UPM?

 

Anda mempunyai masalah di dalam kampus?

Pengangkutan? Meal Plan? Harga Makanan? Sistem akademik? Yuran? Kemudahan kolej kediaman?

Sila adukan masalah anda kepada kami. Kami boleh membantu anda.

Emailkan aduan anda ke mahasiswaupm@yahoo.com

 

Kerana kami ada cara

P/S; Add kami ke dalam .

Friendster anda dengan email ini! .